-->
skip to main | skip to sidebar
Amirul Undermind
Selasa, 16 Ogos 2011

Kelebihan Puasa

Salam semua,kita sekarang dalam bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan.Hari ni Mirul nak cerita sikit tentang kelebihan puasa.


RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.
Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.Semoga kita dipilih dalam golongan yang soleh.Amin.. 


Dicatat oleh amirul undermind di 12:58 PG

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

About Me

Foto Saya
amirul undermind
Seorang yang cool, tak HOT pun !
Lihat profil lengkap saya

Geng Gangster

Simple Shoutbox


Shoutbox

Catatan Popular

  • Rindu Blogger !!
                                                                         Assalamualaikum Dah lama aku tak taip blog. Bukannya aku busy tapi...
  • Hari Raya
     Setelah habisnya bulan ramadhan,tiba bulan syawal.'Amacam puasa tahun ni, penuh? 'Puasa tahun ni penuh bro'..Cehh,mcm KL Gangst...
  • Cerita Kartun Boboiboy
    Salam semua,berjumpa kita hari ini.hari ni aku nak cerita tentang kartun baru dikeluarkan di tv.Korang semua pernah tegok cerita Upin&Ip...
  • Hafiz dan Adira Putus Cinta !
    Assalamualaikum semua..Baru-baru ini Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia ( AF ) telah pun aku tengok di tv.Aku paling best tengok Hafiz d...
  • Trend Zaman Sekarang
     Zaman sekarang semua minat seluar jeans skinny. Amirul minat sangat seluar jens skinny   Seluar skinny kecil di bahagian bawah.Seluar ...
  • Ayat Zaman Sekarang!
    Hello guys.. Hari nie aku nak cerita sikit tentang budak zaman sekarang..Budak zaman sekarang tak sama dengan budak zaman dulu..Budak zama...
  • Domo! Domo !
    Salam semua,Mirul harap korang dalam keadaan sihat.Hari ni Mirul nak cerita sikit tentang kenapa zaman sekrang ramai orang yang suka patung ...
  • Berita Sedih
    Assalamualaikum kepada peminat-peminat sukan.Hari ini Mirul ingin berkongsi cerita sedih iaitu seorang atlit memanah negara telah meninggal ...
  • " Bercuti di Melaka "
    Assalamulaikum semua, Cuti sekolah ni korang semua tak pergi mana-mana ke atau duduk rumah je layan facebook..Hak3..tak boring ke? Sempena...
  • Kecewa Dengan Sikp Juri- Afdlin
    Maharajalawak Mega telah pun kita mengetahui siapa pemenangnya.Kumpulan Osbon telah pun menjadi Juara Maharajalawak Mega.Namun,bagi kumpulan...

Jom Bace :)

  • Amirul Hillary
  • D'ya Marshmello
  • Hanis Zalikha

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (2)
  • ▼  2011 (23)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (6)
    • ▼  Ogos (9)
      • Tan Sri Tony Fernandes miliki Kelab Queens Park
      • Safee Sali Dilamar Kelab German??
      • ~Teringin!!
      • Selamat Hari Raya
      • Trend Zaman Sekarang
      • Hari Raya
      • Kelebihan Puasa
      • Cerita Kartun Boboiboy
      • Domo! Domo !

bloglist :)

  • D'ya Marshmello
    Running Event : Colour Me Run 2015, Pulau Melaka - Finally dapat join Colour Me Run 2015 di Pulau Melaka. Colour Me Run ni sebenarnya charity event untuk mangsa banjir. Quite famous event every y...
    9 tahun yang lalu
  • widget index
    MY MOOD'S NOTE - Choose your mood now! ^_^ big head onion on da house! enjoy! ^_^ choose your mood > copy code widget > paste it on your html > type your text > save
    10 tahun yang lalu
  • ' Imagination Meets Reality '
    ::SUSHI KING:: - Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang….. Keseronokan menjadi pelajar university ini, macam-macam pengalaman kita boleh merasa. Baru-bar...
    12 tahun yang lalu
  • Akue Baek Tapi 'SimPLe'
    Rindu Blogger !! - Assalamualaikum Dah lama aku tak taip blog. Bukannya aku busy tapi aku dah malas nak...
    13 tahun yang lalu
.
 

Blog Template by YummyLolly.com