-->
skip to main | skip to sidebar
Amirul Undermind
Ahad, 28 Ogos 2011

Tan Sri Tony Fernandes miliki Kelab Queens Park

Assalamualaikum

Berjumpa lagi kita hari ini.Berita terhangat sekarang Tan Sri Tony Fernandez dalam tempoh 24 jam lagi dan menyatakan sokongan penuh terhadap pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Neil Warnock.
Ahli perniagaan terkemuka Malaysia itu bakal menjadi pemegang saham majoriti kelab dan difahamkan membeli lebih daripada 51 peratus pegangan, seperti yang dibincang sebelum ini.
Fernandes, yang memiliki syarikat penerbangan tambang murah Air Asia danTeam Lotus dalam F1 dilihat berada di Loftus Road, Sabtu lalu untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai QPR melayan kunjungan Bolton.
Meskipun dibelasah 0-4, Fernandes berkata: “Saya fikir Neil ialah seorang yang hebat dan dia menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang sehingga menjulang QPR pada kedudukan sekarang.
“Dia akan mendapat sokong penuh daripada saya. Saya fikir seseorang pengurus harus mendapat apa diingininya.”
Pemimpin F1, Bernie Ecclestone yang memiliki 66 peratus saham dalam QPR berhasrat menjual pegangannya, justeru urus niaga kali ini pastinya menamatkan segala ikatannya dengan Loftus Road.
Hartawan industri keluli, Lakshmi Mittal juga diramal meningkatkan pegangannya kepada 33 peratus tetapi Fernandes akan memiliki kuasa penuh di QPR.
Satu sidang media bakal diadakan di Loftus Road hari ini bagi mengumumkan pengambilalihan tersebut.
Perkembangan itu pasti menggembirakan Warnock kerana Fernandes mahukan dia membawa masuk empat pemain baru sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir. – Agensi
Dicatat oleh amirul undermind di 2:09 PG 0 ulasan

Safee Sali Dilamar Kelab German??

Hye semua,apa khabar..harap korang semua sihat disamping keluarga.
Di sini Amirul nak cerita sikit tentang informasi terkini iaitu
HOT dari Nadi Arena! Penyerang sensasi Harimau Malaya, Super Safee Sali dikhabarkan dilamar sebuah kelab Bundesliga Jerman selepas aksinya menentang Singapurapura tempoh hari.
Mari ikuti rakaman Nadi Arena.
“Tawaran ini datang selepas perlawanan menentang Singapore. Mungkin mereka melihat prestasi saya dan saya pun terkejut la dengan panggilan dari pasukan sana dan sekarang pun saya belum dapat tawaran rasmi dari pasukan sana”
“Saya hanya mendapat khabar dari sana yang mereka berminat untuk dapatkan saya. Tapi saya belum dapat butiran pengesahan yang betul-betul jelas dengan tawaran tersebut. Saya pun tak boleh komen terlalu banyak,” kata Safee.
Amirul harap ramai lagi pemain Malaysia mendapat peluang beraksi di luar negara.Perkara ini boleh menimba ilmu bermain di luar negara.Alhamdullilah,ada jugak pemain Malaysia dapat beraksi di luar negara.
Dicatat oleh amirul undermind di 2:01 PG 0 ulasan

~Teringin!!

Assalamualaikum

Hari ni Amirul nak cerita sikit tentang keinginan Amirul nak dapat kan kamera dslr.


Kamera ini cantik.Apabila kita tangkap gambar,gambar yang tak jelas boleh jadi jelas.Amirul pernah guna kawan punya.Zaman sekarang orang pakai kamera ini hanya ingin bertunjuk kepada kawan.Kita sebenarnya boleh pakai kamera digital tapi orang dah pandang rendah

Orang melayu kita sekarang semuanya nak bergaya dengan kamera dslr.Kononya dye tu
kaya sampai kamera tu tergantung di leher

Tapi nampak smart bile kamera tu tergantung.Amirul tak sabar nak
dapatkan kamera ni..

Dicatat oleh amirul undermind di 1:47 PG 0 ulasan

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada umat islam.Hari raya ada suka ada duka.Sedang kita bergembira,pasti ada yang berduka.Siapa yang balik kampung tu,hati hati lah di jalan raya takut berlaku #$%^&* tahu-tahu je lah.Di sini Amirul nak minta maaf kalau ada silap dan salah.Mohon maaf dipinta.Pada siapa yang tak dapat balik kampung tu,jangan sedih ye..Kanak-kanak mesti bergembira apabila mendapat duit raya tapi orang miskin bersedih tak dapat nak beli baju raya.Baju raya Amirul tema kali ni berwarna biru.Tak sabar nak pakai baju raya baru di kampung.Ok lah..ringkas saje catatan Amirul kali ni..nak balik kampung ni.bye..jumpa lagi..
Dicatat oleh amirul undermind di 1:11 PG 0 ulasan

Trend Zaman Sekarang

 Zaman sekarang semua minat seluar jeans skinny.
Amirul minat sangat seluar jens skinny

 

Seluar skinny kecil di bahagian bawah.Seluar ini sesuai
dipakai oleh semua orang tak kira lelaki atau
perempuan,baru nampak style.

Pernah dengar seluar denim?
Seluar
denim ni macam seluar biasa je

Tapi tak kira lah seluar macam mana pun,
dah namanya fesyen.Apapun
jangan pakai seluar terlalu ketat.hehe..
Komen cikit..
Dicatat oleh amirul undermind di 12:39 PG 0 ulasan

Hari Raya

 Setelah habisnya bulan ramadhan,tiba bulan syawal.'Amacam puasa tahun ni, penuh? 'Puasa tahun ni penuh bro'..Cehh,mcm KL Gangster lh pulak ayat ni..Disini Amirul nak minta maaf kalau ada silap dan salah.Di hari yang mulia ini kita mestilah saling memaafkan.Siapa yang balik kampung tu,hati-hati lah di jalan raya takut !@#$%^&*..tahu-tahu lah..Tahun ni Amirul raya di Johor.Amirul balik kampung hari Isnin..Anda semua balik kampung bile?Pada yang tak dapat balik kampung tu,jangan sedih ye..Baju raya anda warna apa? Baju warna raya Amirul warna biru..Anda semua beli kat mane? Amirul beli kat Jalan Tuanku Abdul Rahman 



Berasak-asak orang shopping di sini.Memeylah,nak dekat raya,bermacam-macam baju dijual..Asyik jalan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman,Amirul ternampak butik jenama A'niz.Banyak baju melayu dijual di situ.Tanpa berlengah lagi,Amirul terus masuk dan tengok baju melayu yang sesuai.


Tengok baju banyak cantik,Amirul berkenan dengan baju warna biru.Memang cantik bajunya..Fuiyoo..Nasib baik Amirul yang dapat baju biru tu,kalau orang lain kebas..ermm..tak tahu lah..
aduih..Penatnya nak taip ni..Amirul henti dulu ye..Nak rehat,jari ni dah tergerak sendiri pulak..hehe..Bye..jumpa lagi..
Dicatat oleh amirul undermind di 12:23 PG 0 ulasan
Selasa, 16 Ogos 2011

Kelebihan Puasa

Salam semua,kita sekarang dalam bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan.Hari ni Mirul nak cerita sikit tentang kelebihan puasa.


RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.
Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.Semoga kita dipilih dalam golongan yang soleh.Amin.. 


Dicatat oleh amirul undermind di 12:58 PG 0 ulasan
Isnin, 15 Ogos 2011

Cerita Kartun Boboiboy

Salam semua,berjumpa kita hari ini.hari ni aku nak cerita tentang kartun baru dikeluarkan di tv.Korang semua pernah tegok cerita Upin&Ipin?? Mesti lah pernah kan.Cerita baru ni jenis animasi macam Upin&Ipin iaitu Boboiboy


Boboiboy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.

BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.
Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.Korang semua boleh buka laman web di bawah ini tentang kartun boboiboy ini.
http://www.animonsta.com/

Sampai di sini saja cerita aku nanti kita akan berjumpa lagi.

Salam. 

Dicatat oleh amirul undermind di 8:11 PTG 0 ulasan

Domo! Domo !

Salam semua,Mirul harap korang dalam keadaan sihat.Hari ni Mirul nak cerita sikit tentang kenapa zaman sekrang ramai orang yang suka patung Domo..best sangat ke 'Domo' tu..



Orang kata patung ni cute..tak tahu lh..tpi yang jadi perhatian sekarang ialah
patung ni ada dimana-mana..Contohnya di beg


Kawan Mirul kata,beg ni boleh dibawa kemana-mana..tak kisah lelaki ke atau perempuan,patung ni mesti jadi idaman..cehh..macam artis lah jugak patung ni..Mirul suka patung ni sebab akan giginya..tajam..hak3..By the way,patung ni tetap laku sehingga sekarang.Eih..Mirul nk out jap.nk beli patung ni ulak..macam best jerk..salam


Dicatat oleh amirul undermind di 5:54 PG 2 ulasan
Catatan Terbaru Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

About Me

Foto Saya
amirul undermind
Seorang yang cool, tak HOT pun !
Lihat profil lengkap saya

Geng Gangster

Simple Shoutbox


Shoutbox

Catatan Popular

  • Rindu Blogger !!
                                                                         Assalamualaikum Dah lama aku tak taip blog. Bukannya aku busy tapi...
  • Hari Raya
     Setelah habisnya bulan ramadhan,tiba bulan syawal.'Amacam puasa tahun ni, penuh? 'Puasa tahun ni penuh bro'..Cehh,mcm KL Gangst...
  • Cerita Kartun Boboiboy
    Salam semua,berjumpa kita hari ini.hari ni aku nak cerita tentang kartun baru dikeluarkan di tv.Korang semua pernah tegok cerita Upin&Ip...
  • Hafiz dan Adira Putus Cinta !
    Assalamualaikum semua..Baru-baru ini Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia ( AF ) telah pun aku tengok di tv.Aku paling best tengok Hafiz d...
  • Trend Zaman Sekarang
     Zaman sekarang semua minat seluar jeans skinny. Amirul minat sangat seluar jens skinny   Seluar skinny kecil di bahagian bawah.Seluar ...
  • Ayat Zaman Sekarang!
    Hello guys.. Hari nie aku nak cerita sikit tentang budak zaman sekarang..Budak zaman sekarang tak sama dengan budak zaman dulu..Budak zama...
  • Domo! Domo !
    Salam semua,Mirul harap korang dalam keadaan sihat.Hari ni Mirul nak cerita sikit tentang kenapa zaman sekrang ramai orang yang suka patung ...
  • Berita Sedih
    Assalamualaikum kepada peminat-peminat sukan.Hari ini Mirul ingin berkongsi cerita sedih iaitu seorang atlit memanah negara telah meninggal ...
  • " Bercuti di Melaka "
    Assalamulaikum semua, Cuti sekolah ni korang semua tak pergi mana-mana ke atau duduk rumah je layan facebook..Hak3..tak boring ke? Sempena...
  • Kecewa Dengan Sikp Juri- Afdlin
    Maharajalawak Mega telah pun kita mengetahui siapa pemenangnya.Kumpulan Osbon telah pun menjadi Juara Maharajalawak Mega.Namun,bagi kumpulan...

Jom Bace :)

  • Amirul Hillary
  • D'ya Marshmello
  • Hanis Zalikha

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (2)
  • ▼  2011 (23)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (6)
    • ▼  Ogos (9)
      • Tan Sri Tony Fernandes miliki Kelab Queens Park
      • Safee Sali Dilamar Kelab German??
      • ~Teringin!!
      • Selamat Hari Raya
      • Trend Zaman Sekarang
      • Hari Raya
      • Kelebihan Puasa
      • Cerita Kartun Boboiboy
      • Domo! Domo !

bloglist :)

  • D'ya Marshmello
    Running Event : Colour Me Run 2015, Pulau Melaka - Finally dapat join Colour Me Run 2015 di Pulau Melaka. Colour Me Run ni sebenarnya charity event untuk mangsa banjir. Quite famous event every y...
    9 tahun yang lalu
  • widget index
    MY MOOD'S NOTE - Choose your mood now! ^_^ big head onion on da house! enjoy! ^_^ choose your mood > copy code widget > paste it on your html > type your text > save
    10 tahun yang lalu
  • ' Imagination Meets Reality '
    ::SUSHI KING:: - Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang….. Keseronokan menjadi pelajar university ini, macam-macam pengalaman kita boleh merasa. Baru-bar...
    12 tahun yang lalu
  • Akue Baek Tapi 'SimPLe'
    Rindu Blogger !! - Assalamualaikum Dah lama aku tak taip blog. Bukannya aku busy tapi aku dah malas nak...
    13 tahun yang lalu
.
 

Blog Template by YummyLolly.com