-->
skip to main | skip to sidebar
Amirul Undermind
Jumaat, 30 Disember 2011

Maharaja Lawak Akhir

 Assalamualaikum sahabatku,segala duka kita masih pahit untuk kita menerima.Korang nak hiburan dan gelak ketawa tak ? Korang semua boleh saksikan Maharaja Lawak Mega Akhir di Astro Warna siaran 132 pada 30/12/2011 iaitu hari jumaat kiranya hari nie lah..heehe.Aku dengan keluarga aku selalu tengok Maharaja Lawak Mega nie.Pejam celik pejam celik akhirnya dah final.Tak sangka aku.Hmm,bagi sesiapa yang tak tahu lagi siapakah peserta yang bertanding Maharaja Lawak Mega nie,aku boleh bagitahu..Hah,saksikan di bawah ini okey..

Kumpulan Boboi

Kumpulan Osbon


Kumpulan Saehu


Kumpulan Syok

Malam nie aku nak tumpu pada tv cerita nie..Ok lah aku nk main bola jap asyik taip entri post je.Bye;)
Dicatat oleh amirul undermind di 12:37 PG 0 ulasan
Khamis, 29 Disember 2011

Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia.2011 akan melabuh tirainya.Kita akan masuk tahun baru iaitu tahun 2012.Apa azam korang semua?Tak kan tak da azam kot ke frust azam 2011 belum terlaksana..Jangan kecewa kerana tahun 2012 kita akan menjadi lebih baik dari tahun 2011..Insyallah.
                                                  

Sesiapa yang nak sambut tahun baru tu,aku nak nasihatkan supaya kita sambut dengan keadaan yang sempurna.Jangan lah berlaku kes yang kurang meyenangkan rakyat Malaysia.Nak 'enjoy' boleh tapi biarlah berpada-pada.Kepada rakyat Malaysia( Muslim sahaja) haruslah kita berdoa kepada Allah supaya tahun baru 2012 ini berjalan dengan lancar dan menjadikan tahun 2012 menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya.Bukan setakat orang muda je,orang tua pun sama.Manusia ni sama saje.Sorry lah kalau kata-kata ku pedas sebab aku suka makan pedas.wkaka( Gurau je..marah ke? ) Ok lah..aku sampai di sini sahaja post aku,nanti kita berjumpa lagi.Salam ;)
Dicatat oleh amirul undermind di 11:05 PTG 0 ulasan

" Tweet Artis Selepas Harimau Muda Juara Sea Games 26th "

Assalamualaikum warga Malaysia,

Korang semua masih ingat lagi ketika pasukan Harimau Muda kita menjadi juara Sea Games 26th..Ketika Malaysia memenangi pingat emas itu,aku yakin pasti rakyat Malaysia bergembira dengan kejayaan Harimau Muda.Di sini aku nak tunjuk sikit tweet-tweet artis ketika Malaysia juara Sea Games 26th..Lihat okey ;)



































Ok lah..tu saje yang boleh aku post kan..Sebenarnya banyak lagi tapi aku ambil sikit je.Ok lah..aku nk chow jap.(.Hehehe)
Dicatat oleh amirul undermind di 4:36 PG 0 ulasan
Rabu, 28 Disember 2011

" Bercuti di Melaka "

Assalamulaikum semua,

Cuti sekolah ni korang semua tak pergi mana-mana ke atau duduk rumah je layan facebook..Hak3..tak boring ke? Sempena cuti sekolah nie,aku pergi ke Melaka..Kali nie dah kedua aku pergi ke Melaka.Setibanya di sana,aku lihat bangunan bersejarah.Aku juga turut bergambar di sebuah meriam|


                                            
                                                          Smart tak ? Hehehe
Inilah keluarga aku.Ayah aku tak de sebab ayah aku lah yg tangkap gambar nie aduiihh..

                                 

Gambar aku ketika di  dalam kota A'Famosa

                                              Amirul Asraf

Gambar ketika di luar kota A' Famosa
                           
                            

Banyak lagi gambar bukan saje di kota A'Famosa,lagi banyak lagi di kota bersejarah di Melaka cuma malas je nak masukkan..hehe..Aku nak out..Salam
Dicatat oleh amirul undermind di 6:23 PTG 0 ulasan

Ong Kim Swee Resah.

Assalamualaikum warga Blogger..

Pasukan Lions XXI sebuah pasukan dari Singapura.Pasukan ini akan bermain di Liga Malaysia pada tahun 2012.Korang semua dah tahu kan?Pasukan Harimau Muda A bimbingan Ong Kim Swee sekerang nie bermain di liga Singapura.Satu pertukaran yang menarik.SIKAP ‘membisu’ Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung jadual perlawanan dan juga gelanggang rasmi skuad Harimau Muda menjelang saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan menimbulkan tanda tanya jurulatih, Ong Kim Swee.Menurut Kim Swee, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada FAS berhubung perkara itu walaupun difahamkan, saingan Liga-S bakal bermula pada 9 Februari depan.
Dicatat oleh amirul undermind di 5:50 PTG 0 ulasan

Ayat Zaman Sekarang!

Hello guys..

Hari nie aku nak cerita sikit tentang budak zaman sekarang..Budak zaman sekarang tak sama dengan budak zaman dulu..Budak zaman dulu fesyennya lain,ayat ketika bercakap pun lain.Sekarang bukan tu aku nak cerita.Budak zaman sekarang kan dah ada Facebook,Twitter,Myspace dan bermacam-macam lagi laman sosial.
Budak zaman sekarang sering menggunakan ayat yang pelik..Cuba lihat di bawah

      "  AwAck ToWiEe ArhH , SaiYer MeMaEN JHeeE TaRk BeTOrl TowieE YerHh :) "

     " 
OIt ! HeY NuCk TeNaL NuN AwaCK BolerH ? "

      "  
AwaCK YerrH POwNG JUnGUn ArHh SoRMBOwnG NuN TiTTEw .. :( "

Hmm..Hanya tu je aku boleh bagitahu..Korang semua perasan tak dengan ayat nie ? Apapun gunakanlah laman sosial dengan baik..Klah..aku nak henti post  nie..Nanti kita bertemu lagi..Bye :)

Dicatat oleh amirul undermind di 5:36 PTG 0 ulasan
Jumaat, 16 Disember 2011

~ Aku Giler Twitter!!

Assalamualaikum,

Dulu aku memang gile facebook.Bangun je pagi,terus online internet semata-mata nak bukak facebook.Kekadang sampai tak mandi kerana facebook.Aku sanggup tak makan kerna facebook.Kekadang mak aku dah keluar '
sound' yang paling kuat seperti kilat kerna aku online facebook sampai tak ingat dunia.

Itu dulu,sekarang kakak aku buat aku twitter.Aku berkata dalam hati ""Best ke twitter ni".Dalam seminggu tu aq cuba online twitter dan x online facebook dh.Ternyata aku memang dah gile twitter.Facebook pun aku jarang guna.Aku pun tak tahu macam mana aku gile sangat ngan twitter nie.Sekarang aku gile twitter,nanti pulak entah lh pulak gile apa.Blog aku tak beberapa gile sangat sebab aku waras.Heheh(gurau je)..Ok lah sampai di sini je lah aku cerita..Aku nk online twitter jap..TADAA..
Dicatat oleh amirul undermind di 12:43 PG 1 ulasan
Rabu, 14 Disember 2011

Ramai Nak Uji Harimau Malaya

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Korang masih ingat lagi kenangan manis kita apabila Malaysia berjaya memenangi pingat emas Sukan Sea,Indonesia dengan menumpaskan Indonesia.
Tak lupa juga kita telah menjadi juara Piala Suzuki 2010.

Gara-gara kemenangan kita,pasukan Asia Barat dan Afrika berminat untuk mengadakan aksi persahabatan. Pasukan Arab Saudi sudah pun bersetuju adakan aksi persahabatan.

Kata Subahan yang juga Naib Presiden FAM,Congo memohon untuk mengadakan persahabatan di Kuala Lumpur sementara rundingan dengan Iran bakal bergantung kepada persetujuan mengenai soal bayaran,tarikh perlawanan dan gelanggangnya.

Skuad kebangsaan hanya akan kembali dihimpunkan bagi sesi latihan pusat lima hari di Wisma FAM bulan depan sebelum dilepaskan semula kepada pasukan Liga M masing-masing yang bakal bersaing 10 Januari ini.Kita doakan yang terbaik untuk Harimau Malaya.


Dicatat oleh amirul undermind di 4:59 PG 0 ulasan
Isnin, 21 November 2011

Garuda Dibaham Harimau!

Assalamualaikum Warga Malaysia,


Hari yang dinanti-nantikan telah pun mengetahui iaitu Malaysia menang menentang Indonesia.Hal ini juga melenyapkan impian Indonesia untuk bergelar juara Sukan Sea-26.Indonesia bermula garang hasil tandukan
Dermawan.Mirul berasa gugup apabila melihat Indonesia yang mendahului jaringan.Selepas itu.,Asra menyamakan kedudukan apabila menanduk bola apabila mendapat hantaran dari Badrol Bakhtiar.Seri 1-1 ini kekal hingga ke tambahan masa kedua.Saat yang ditunggu sudah tiba iaitu penalty..Malaysia menang penalty 5-4 selepas pemain Indonesia Sinaga sepakannya ditepis Khairul Fahmi.Akhirnya Malaysia bergelar juara Sea Games-26 dan sukar dicabar oleh pasukan lain di Asia.Terima kasih Malaysia...


Dicatat oleh amirul undermind di 10:06 PTG 0 ulasan
Sabtu, 19 November 2011

Harimau Terus Mengaum

Assalamualaikum...

'Harimau Terus Mengaum', itulah kata-kata semangat penyokong Harimau Malaya apabila berjaya menumbangkan Mnyanmar 1-0 pada semi final.Gol Malaysia dijaringkn oleh pemain gantian iaitu Fakri
Saarani pada minit 82.Walau bagaimanapun.,Malaysia layak ke Final bertemu tuan rumah,Indonesia setelah
menundukkan Vietnam 2-0.Ayuh rakyat 1 Malaysia supaya berdoa supaya Malaysia menjadi Juara bolasepak
sukan sea dan mempertahankan emas.Laungan 'Malaysia Boleh' mampu membuat pemain Malaysia bermain lebih semangat apabila di final nanti.

Dicatat oleh amirul undermind di 7:27 PG 0 ulasan

Harimau Terus Mengaum

Assalamualaikum...
'Harimau Terus Mengaum', itulah kata-kata semangat penyokong Harimau Malaya apabila berjaya menumbangkan Mnyanmar 1-0 pada semi final.Gol Malaysia dijaringkn oleh pemain gantian iaitu Fakri
Saarani pada minit 82.Walau bagaimanapun.,Malaysia layak ke Final bertemu tuan rumah,Indonesia setelah
menundukkan Vietnam 2-0.Ayuh rakyat 1 Malaysia supaya berdoa supaya Malaysia menjadi Juara bolasepak
sukan sea dan mempertahankan emas.Laungan 'Malaysia Boleh' mampu membuat pemain Malaysia bermain lebih semangat apabila di final nanti.

Dicatat oleh amirul undermind di 7:26 PG 0 ulasan
Khamis, 17 November 2011

Penangan Cakar Harimau

Assalamualaikum semua...

Macam mana dengan hari ini..BeSt ke?Mesti anda semua tertanya apa yang best tu? Hah ni Mirul nak cerita sikt tentang Malaysia menang mengatasi Indonesia.Mirul yakin rakyat Malaysia mesti berbangga dengan kejayaan Malaysia menumpaskan Indonesia 1-0 hasil jaringan gol Shahrul Azwari Ibrahim.




Shahrul juga dianggap menutup keangkuhan skuad tuan rumah hasil gol kemenangan 1-0 di Stadium Gelora Bung Karno.Malaysia akan bertemu Mnyanmar,sabtu ini.Harap semangat Harimau terus berjuang demi negara bernama  ' MALAYSIA'
Dicatat oleh amirul undermind di 9:53 PTG 0 ulasan
Selasa, 15 November 2011

Barisan Pemain Malaysia Sukan Sea ke-26

Nak tahu barisan pemain Malaysia (Bola Sepak) Sukan Sea ke-26..Layan..


Khairul Fahmi (K)
Muslim Ahmad
Fadli Shas
Fandi Othman
Asra
Irfan
Nazmi Faiz
Badrol Bakhtiar
Wan Zaharul Nizam
Shahrul Azwari
Izzaq Faris Ramlan
Itulah barisan pemain Malaysia.. Semoga Malaysia terus MENGAUMMMM.. Peace yo
Dicatat oleh amirul undermind di 1:19 PG 0 ulasan
Isnin, 14 November 2011

Berita Sedih

Assalamualaikum kepada peminat-peminat sukan.Hari ini Mirul ingin berkongsi cerita sedih iaitu seorang atlit memanah negara telah meninggal dunia pada 15 November 2011 pada pukul 12:00 tengahari.Beliau merupakan
atlit paralimpik dari acara memanah dan merupakan paralimpik untuk membawa pingat emas di Olimpik di London tahun depan.Mari semua rakyat 1 Malaysia mendoakan beliau supaya ditempatkan orang yang beriman.Amin..
  


Dicatat oleh amirul undermind di 11:57 PTG 0 ulasan
Ahad, 28 Ogos 2011

Tan Sri Tony Fernandes miliki Kelab Queens Park

Assalamualaikum

Berjumpa lagi kita hari ini.Berita terhangat sekarang Tan Sri Tony Fernandez dalam tempoh 24 jam lagi dan menyatakan sokongan penuh terhadap pengurus kelab Liga Perdana Inggeris itu, Neil Warnock.
Ahli perniagaan terkemuka Malaysia itu bakal menjadi pemegang saham majoriti kelab dan difahamkan membeli lebih daripada 51 peratus pegangan, seperti yang dibincang sebelum ini.
Fernandes, yang memiliki syarikat penerbangan tambang murah Air Asia danTeam Lotus dalam F1 dilihat berada di Loftus Road, Sabtu lalu untuk menyaksikan perlawanan pembuka tirai QPR melayan kunjungan Bolton.
Meskipun dibelasah 0-4, Fernandes berkata: “Saya fikir Neil ialah seorang yang hebat dan dia menjalankan tugasnya dengan begitu cemerlang sehingga menjulang QPR pada kedudukan sekarang.
“Dia akan mendapat sokong penuh daripada saya. Saya fikir seseorang pengurus harus mendapat apa diingininya.”
Pemimpin F1, Bernie Ecclestone yang memiliki 66 peratus saham dalam QPR berhasrat menjual pegangannya, justeru urus niaga kali ini pastinya menamatkan segala ikatannya dengan Loftus Road.
Hartawan industri keluli, Lakshmi Mittal juga diramal meningkatkan pegangannya kepada 33 peratus tetapi Fernandes akan memiliki kuasa penuh di QPR.
Satu sidang media bakal diadakan di Loftus Road hari ini bagi mengumumkan pengambilalihan tersebut.
Perkembangan itu pasti menggembirakan Warnock kerana Fernandes mahukan dia membawa masuk empat pemain baru sebelum tempoh perpindahan pemain berakhir. – Agensi
Dicatat oleh amirul undermind di 2:09 PG 0 ulasan

Safee Sali Dilamar Kelab German??

Hye semua,apa khabar..harap korang semua sihat disamping keluarga.
Di sini Amirul nak cerita sikit tentang informasi terkini iaitu
HOT dari Nadi Arena! Penyerang sensasi Harimau Malaya, Super Safee Sali dikhabarkan dilamar sebuah kelab Bundesliga Jerman selepas aksinya menentang Singapurapura tempoh hari.
Mari ikuti rakaman Nadi Arena.
“Tawaran ini datang selepas perlawanan menentang Singapore. Mungkin mereka melihat prestasi saya dan saya pun terkejut la dengan panggilan dari pasukan sana dan sekarang pun saya belum dapat tawaran rasmi dari pasukan sana”
“Saya hanya mendapat khabar dari sana yang mereka berminat untuk dapatkan saya. Tapi saya belum dapat butiran pengesahan yang betul-betul jelas dengan tawaran tersebut. Saya pun tak boleh komen terlalu banyak,” kata Safee.
Amirul harap ramai lagi pemain Malaysia mendapat peluang beraksi di luar negara.Perkara ini boleh menimba ilmu bermain di luar negara.Alhamdullilah,ada jugak pemain Malaysia dapat beraksi di luar negara.
Dicatat oleh amirul undermind di 2:01 PG 0 ulasan

~Teringin!!

Assalamualaikum

Hari ni Amirul nak cerita sikit tentang keinginan Amirul nak dapat kan kamera dslr.


Kamera ini cantik.Apabila kita tangkap gambar,gambar yang tak jelas boleh jadi jelas.Amirul pernah guna kawan punya.Zaman sekarang orang pakai kamera ini hanya ingin bertunjuk kepada kawan.Kita sebenarnya boleh pakai kamera digital tapi orang dah pandang rendah

Orang melayu kita sekarang semuanya nak bergaya dengan kamera dslr.Kononya dye tu
kaya sampai kamera tu tergantung di leher

Tapi nampak smart bile kamera tu tergantung.Amirul tak sabar nak
dapatkan kamera ni..

Dicatat oleh amirul undermind di 1:47 PG 0 ulasan

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada umat islam.Hari raya ada suka ada duka.Sedang kita bergembira,pasti ada yang berduka.Siapa yang balik kampung tu,hati hati lah di jalan raya takut berlaku #$%^&* tahu-tahu je lah.Di sini Amirul nak minta maaf kalau ada silap dan salah.Mohon maaf dipinta.Pada siapa yang tak dapat balik kampung tu,jangan sedih ye..Kanak-kanak mesti bergembira apabila mendapat duit raya tapi orang miskin bersedih tak dapat nak beli baju raya.Baju raya Amirul tema kali ni berwarna biru.Tak sabar nak pakai baju raya baru di kampung.Ok lah..ringkas saje catatan Amirul kali ni..nak balik kampung ni.bye..jumpa lagi..
Dicatat oleh amirul undermind di 1:11 PG 0 ulasan

Trend Zaman Sekarang

 Zaman sekarang semua minat seluar jeans skinny.
Amirul minat sangat seluar jens skinny

 

Seluar skinny kecil di bahagian bawah.Seluar ini sesuai
dipakai oleh semua orang tak kira lelaki atau
perempuan,baru nampak style.

Pernah dengar seluar denim?
Seluar
denim ni macam seluar biasa je

Tapi tak kira lah seluar macam mana pun,
dah namanya fesyen.Apapun
jangan pakai seluar terlalu ketat.hehe..
Komen cikit..
Dicatat oleh amirul undermind di 12:39 PG 0 ulasan

Hari Raya

 Setelah habisnya bulan ramadhan,tiba bulan syawal.'Amacam puasa tahun ni, penuh? 'Puasa tahun ni penuh bro'..Cehh,mcm KL Gangster lh pulak ayat ni..Disini Amirul nak minta maaf kalau ada silap dan salah.Di hari yang mulia ini kita mestilah saling memaafkan.Siapa yang balik kampung tu,hati-hati lah di jalan raya takut !@#$%^&*..tahu-tahu lah..Tahun ni Amirul raya di Johor.Amirul balik kampung hari Isnin..Anda semua balik kampung bile?Pada yang tak dapat balik kampung tu,jangan sedih ye..Baju raya anda warna apa? Baju warna raya Amirul warna biru..Anda semua beli kat mane? Amirul beli kat Jalan Tuanku Abdul Rahman 



Berasak-asak orang shopping di sini.Memeylah,nak dekat raya,bermacam-macam baju dijual..Asyik jalan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman,Amirul ternampak butik jenama A'niz.Banyak baju melayu dijual di situ.Tanpa berlengah lagi,Amirul terus masuk dan tengok baju melayu yang sesuai.


Tengok baju banyak cantik,Amirul berkenan dengan baju warna biru.Memang cantik bajunya..Fuiyoo..Nasib baik Amirul yang dapat baju biru tu,kalau orang lain kebas..ermm..tak tahu lah..
aduih..Penatnya nak taip ni..Amirul henti dulu ye..Nak rehat,jari ni dah tergerak sendiri pulak..hehe..Bye..jumpa lagi..
Dicatat oleh amirul undermind di 12:23 PG 0 ulasan
Selasa, 16 Ogos 2011

Kelebihan Puasa

Salam semua,kita sekarang dalam bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan.Hari ni Mirul nak cerita sikit tentang kelebihan puasa.


RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.
Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.Semoga kita dipilih dalam golongan yang soleh.Amin.. 


Dicatat oleh amirul undermind di 12:58 PG 0 ulasan
Isnin, 15 Ogos 2011

Cerita Kartun Boboiboy

Salam semua,berjumpa kita hari ini.hari ni aku nak cerita tentang kartun baru dikeluarkan di tv.Korang semua pernah tegok cerita Upin&Ipin?? Mesti lah pernah kan.Cerita baru ni jenis animasi macam Upin&Ipin iaitu Boboiboy


Boboiboy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza.

BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko.
Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.Korang semua boleh buka laman web di bawah ini tentang kartun boboiboy ini.
http://www.animonsta.com/

Sampai di sini saja cerita aku nanti kita akan berjumpa lagi.

Salam. 

Dicatat oleh amirul undermind di 8:11 PTG 0 ulasan
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

About Me

Foto Saya
amirul undermind
Seorang yang cool, tak HOT pun !
Lihat profil lengkap saya

Geng Gangster

Simple Shoutbox


Shoutbox

Catatan Popular

  • Rindu Blogger !!
                                                                         Assalamualaikum Dah lama aku tak taip blog. Bukannya aku busy tapi...
  • Hari Raya
     Setelah habisnya bulan ramadhan,tiba bulan syawal.'Amacam puasa tahun ni, penuh? 'Puasa tahun ni penuh bro'..Cehh,mcm KL Gangst...
  • Cerita Kartun Boboiboy
    Salam semua,berjumpa kita hari ini.hari ni aku nak cerita tentang kartun baru dikeluarkan di tv.Korang semua pernah tegok cerita Upin&Ip...
  • Hafiz dan Adira Putus Cinta !
    Assalamualaikum semua..Baru-baru ini Konsert Reunion Akhir Akademi Fantasia ( AF ) telah pun aku tengok di tv.Aku paling best tengok Hafiz d...
  • Trend Zaman Sekarang
     Zaman sekarang semua minat seluar jeans skinny. Amirul minat sangat seluar jens skinny   Seluar skinny kecil di bahagian bawah.Seluar ...
  • Ayat Zaman Sekarang!
    Hello guys.. Hari nie aku nak cerita sikit tentang budak zaman sekarang..Budak zaman sekarang tak sama dengan budak zaman dulu..Budak zama...
  • Domo! Domo !
    Salam semua,Mirul harap korang dalam keadaan sihat.Hari ni Mirul nak cerita sikit tentang kenapa zaman sekrang ramai orang yang suka patung ...
  • Berita Sedih
    Assalamualaikum kepada peminat-peminat sukan.Hari ini Mirul ingin berkongsi cerita sedih iaitu seorang atlit memanah negara telah meninggal ...
  • " Bercuti di Melaka "
    Assalamulaikum semua, Cuti sekolah ni korang semua tak pergi mana-mana ke atau duduk rumah je layan facebook..Hak3..tak boring ke? Sempena...
  • Kecewa Dengan Sikp Juri- Afdlin
    Maharajalawak Mega telah pun kita mengetahui siapa pemenangnya.Kumpulan Osbon telah pun menjadi Juara Maharajalawak Mega.Namun,bagi kumpulan...

Jom Bace :)

  • Amirul Hillary
  • D'ya Marshmello
  • Hanis Zalikha

Blog Archive

  • ►  2012 (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Januari (2)
  • ▼  2011 (23)
    • ▼  Disember (8)
      • Maharaja Lawak Akhir
      • Tahun Baru
      • " Tweet Artis Selepas Harimau Muda Juara Sea Games...
      • " Bercuti di Melaka "
      • Ong Kim Swee Resah.
      • Ayat Zaman Sekarang!
      • ~ Aku Giler Twitter!!
      • Ramai Nak Uji Harimau Malaya
    • ►  November (6)
      • Garuda Dibaham Harimau!
      • Harimau Terus Mengaum
      • Harimau Terus Mengaum
      • Penangan Cakar Harimau
      • Barisan Pemain Malaysia Sukan Sea ke-26
      • Berita Sedih
    • ►  Ogos (9)
      • Tan Sri Tony Fernandes miliki Kelab Queens Park
      • Safee Sali Dilamar Kelab German??
      • ~Teringin!!
      • Selamat Hari Raya
      • Trend Zaman Sekarang
      • Hari Raya
      • Kelebihan Puasa
      • Cerita Kartun Boboiboy

bloglist :)

  • D'ya Marshmello
    Running Event : Colour Me Run 2015, Pulau Melaka - Finally dapat join Colour Me Run 2015 di Pulau Melaka. Colour Me Run ni sebenarnya charity event untuk mangsa banjir. Quite famous event every y...
    9 tahun yang lalu
  • widget index
    MY MOOD'S NOTE - Choose your mood now! ^_^ big head onion on da house! enjoy! ^_^ choose your mood > copy code widget > paste it on your html > type your text > save
    10 tahun yang lalu
  • ' Imagination Meets Reality '
    ::SUSHI KING:: - Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang….. Keseronokan menjadi pelajar university ini, macam-macam pengalaman kita boleh merasa. Baru-bar...
    12 tahun yang lalu
  • Akue Baek Tapi 'SimPLe'
    Rindu Blogger !! - Assalamualaikum Dah lama aku tak taip blog. Bukannya aku busy tapi aku dah malas nak...
    13 tahun yang lalu
.
 

Blog Template by YummyLolly.com