Bagi Afdlin, takhta MLM memang layak menjadi milik Osbon, malah mereka berbangga dengan kemenangan Os dan Abon lebih senior daripada mereka. Bagaimanapun, dari riak wajahnya jelas menunjukkan Afdlin sebenarnya kecewa.
Sementara itu, Afdlin, turut menegur sikap juri yang menggunakan kuasanya untuk memalukan peserta yang bertanding.
“Saya memang tak setuju dengan juri yang suka memalukan peserta, tidak kira apa jua pertandingan. Jika teguran yang diberi itu membina, ianya perlu dan jika tidak, jangan sampai kelantangan itu mengaibkan orang.

“Saya bercakap di pihak juri kerana saya pernah menjadi juri. Jika tidak suka, cakap saja tidak suka dan jangan bercakap sehingga mereka terasa.
.
.
“Peserta yang datang untuk bertanding adalah dijemput. Sama seperti kita ke rumah orang. Buat apa dijemput, jika selepas itu dihamburi dengan maki hamun. Jadilah orang yang bijak dalam menggalas tanggungjawab,” katanya.
Bagaimanapun, ketika malam final lalu, Afdlin meminta izin kepada AC Mizal untuk memeluk Chef Wan selepas persembahan pertamanya.
.
.
Dari situ, penonton dan peminat dapat menilai Afdlin adalah individu yang profesional dan tidak mengaitkan masalah peribadi dengan kerja.
Aku harap ada orang lagi menyokong pelawak tanah air kita.Sekian....
Aku harap ada orang lagi menyokong pelawak tanah air kita.Sekian....